Penyu belimbing mendarat, bertelur di Pantai Kuala Abang
Iklan
Kehadiran 'Raja Penyu' terus mencuri tumpuan apabila seekor ibu penyu belimbing ditemukan mendarat dan menghasilkan 70 biji telur di Pantai Kuala Abang, Dungun awal pagi Selasa.
DUNGUN - Kehadiran 'Raja Penyu' di pesisir pantai negeri ini terus mencuri tumpuan apabila seekor ibu penyu belimbing dikesan kembali mendarat dan bertelur di Pantai Kuala Abang di sini pada Selasa.
​Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Pang Nyukang berkata, reptilia marin berkenaan dikesan mendarat sekitar jam 2 pagi.
Iklan
Iklan
​Menurutnya, haiwan itu dikesan oleh kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, Mohd. Saipulmizam Hamzah dan pemajak telur kawasan Rantau Abang (Zon B), Mohd Salleh.
Kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu menunjukkan sebahagian daripada 70 biji telur penyu belimbing yang ditemui selepas ibu penyu berkenaan mendarat dan bertelur di Pantai Kuala Abang, Dungun pada Selasa.
Iklan
"Pasukan bertugas bukan sekadar menemui jejak, malah berpeluang menyaksikan sendiri haiwan berukuran 215 sentimeter panjang dan 115 sentimeter lebar itu mengeluarkan telurnya.
"Mereka amat bertuah kerana bukan sekadar melihat jejak dan telur, malah turut dapat menyaksikan si ibu penyu kembali semula ke laut dalam jam 5.30 pagi," katanya menerusi hantaran di laman sosial rasmi Jabatan Perikanan Negeri Terengganu pada Selasa.
Iklan
​Beliau berkata, sebanyak 70 biji telur dikumpul sebelum pasukan bertugas memindahkan ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang jam 6 pagi bagi menjamin keselamatan dan proses penetasan.
​Menurut Pang, penyu yang mendarat itu mungkin penyu sama yang pernah mendarat pada 1 dan 13 September lalu.
​"Kemungkinan juga, ini bukanlah pendaratan terakhir bagi sang penyu kerana seekor ibu penyu boleh melepaskan telur sebanyak lima kali sepanjang proses bertelur," katanya.
Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga perikanan yang terbabit, pihak WWF Malaysia, Geng Plastik Ija serta rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa konsisten menyokong usaha konservasi dan kelestarian habitat penyu di Terengganu.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.