Lelaki mengamuk, campak anak saudara usia lima tahun dalam sungai hingga maut

Iklan
Suspek (kanan) mencampakkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ke dalam sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Gambar kecil: Yusof Othman

KOTA TINGGI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai lemas selepas dicampakkan ke sungai oleh bapa saudaranya yang mengamuk sambil bersenjatakan parang di Kampung Padang, Tanjung Sedili di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, suspek berusia 37 tahun dipercayai mencampakkan mangsa ke sungai sebelum kanak-kanak berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, suspek turut mengejar bapa mangsa berusia 40 tahun dan mengugut mahu mencederakannya.

Mahani (nenek) menunjukkan mayat cucunya ditemui selepas dicampakkan ke sungai oleh bapa saudaranya.

Iklan

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Kuala Sedili pergi ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek.

Iklan

Menurut Yusof, pembantu pegawai perubatan yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan kematian kanak-kanak itu.

Suspek telah ditahan polis.

“Mayat kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi sebelum dihantar ke Hospital Pasir Gudang untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan suspek dipercayai mengalami masalah mental.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

“Suspek juga akan direman esok,” ujarnya.