GREENSTOPIA 4.0 perkukuh kesejahteraan, lancar jenama baharu GREENS beauté™

Iklan
Grace Yap Yen Mee dan Rashica Lim Yin (empat dan lima dari kiri) ketika pelancaran GREENS beauté™ di acara GREENSTOPIA® 4.0 bertempat di Galeri Jualan Kiara Bay Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.

Grace Yap Yen Mee dan Rashica Lim Yin (empat dan lima dari kiri) ketika pelancaran GREENS beauté™ di acara GREENSTOPIA® 4.0 bertempat di Galeri Jualan Kiara Bay Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.

KEPONG - Jenama eksklusif dalam talian terkemuka negara, GREENS®, terus memperluaskan misinya dalam memperkukuhkan kesejahteraan kesihatan dan kecantikan apabila turut memberi penekanan terhadap kelestarian alam sekitar serta komuniti menerusi penganjuran GREENSTOPIA® 4.0.

Iklan
Iklan

Bertemakan ‘Garden of Wellness’, acara tahunan yang memasuki tahun keempat itu menawarkan pengalaman kesejahteraan secara menyeluruh kepada pengunjung menerusi pelbagai aktiviti interaktif.

Pengunjung berpeluang menyertai permainan ringkas yang menguji lima deria iaitu penglihatan, bunyi, bau, rasa dan sentuhan.

Iklan

Elemen alam semula jadi turut diterapkan sepanjang program menerusi aktiviti interaktif, analisis kesihatan badan, pengalaman penjagaan kulit serta persampelan makanan percuma.

Sebagai sebahagian daripada GREENSTOPIA® 4.0, GREENS® turut melancarkan rangkaian penjagaan kulit GREENS beauté™ dengan sokongan kepakaran farmaseutikal syarikat induknya, Y.S.P. Industries (M) Sdn. Bhd.

Iklan

Naib Presiden Y.S.P. Industries (M) Sdn. Bhd., Grace Yap Yen Mee berkata, GREENS beauté™ memberi fokus kepada aspek keselamatan, keberkesanan dan sains menerusi formulasi yang menjalani 100 peratus ujian klinikal dermatologi di Korea Selatan yang diiktiraf.

Tiga produk siri baharu dilancarkan di bawah jenama GREENS beauté™ iaitu HARUBRIGHT™, HARUFIRM™ dan HARUCARE™ yang meliputi aspek hidrasi, pencerahan, antipenuaan serta penjagaan 'skin barrier'.

Menurutnya, GREENS beauté™ membariskan tiga produk iaitu HARUBRIGHT™, HARUFIRM™ dan HARUCARE™ yang merangkumi aspek hidrasi, pencerahan, antipenuaan serta penjagaan ‘skin barrier’.

“Ia diformulasi khas untuk melengkapi dan meningkatkan rutin penjagaan kulit sedia ada pengguna serta terbukti berkesan untuk golongan berusia 30 tahun ke atas.

“Usaha ini adalah dorongan pelanggan yang mahu kami keluarkan produk penjagaan kulit pula memandangkan sebelum ini hanya tertumpu kepada rangkaian makanan kesihatan.

“Tiga produk di bawah GREENS beauté™ melengkapkan siri penjagaan kulit harian pengguna. Mereka tidak perlu bersusah payah mencari tiga produk berbeza sedangkan jenama ini ada ‘3 in 1’ atau ‘2 in 1’ yang lebih memudahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas pelancaran GREENS beauté™ pada acara GREENSTOPIA® 4.0 di Galeri Jualan Kiara Bay Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Ketua Jabatan Strategi Pembangunan Perniagaan serta Ketua Penjagaan Kesihatan Pengguna dan e-Dagang, Rashica Lim Yin berkata, pihaknya percaya kepentingan penjagaan kesihatan yang menyeluruh merangkumi kesejahteraan dari dalam hingga ke luaran, dan kedua-dua aspek ini perlu diberi perhatian secara berterusan bagi mencapai kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.

Elemen alam semula jadi turut diterapkan sepanjang program menerusi aktiviti interaktif, analisis kesihatan badan, pengalaman penjagaan kulit serta persampelan minuman percuma.

Menurutnya, semuanya bermula dengan sekecil-kecil pilihan sebelum berkembang kepada cara seseorang menjaganya sehingga akhirnya membentuk dunia yang ingin direalisasikan.

“GREENSTOPIA® merupakan manifestasi kepercayaan tersebut. Ia mengubah pilihan harian kepada tindakan bermakna dan kemudiannya kepada tabiat yang lebih sihat.

“Menerusi GREENS beauté™, kami membawa falsafah yang sama. Kami memperluaskan komitmen kesejahteraan kepada penjagaan kulit di mana sains dan keberkesanan bergabung bagi membantu pengguna menjaga kulit mereka dengan penuh yakin.

“Dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar, pengguna semakin menitikberatkan nilai dan manfaat yang diperoleh daripada setiap pembelian. Pada masa yang sama, keinginan untuk menjaga penampilan dan keyakinan diri tidak pernah berkurangan. Oleh itu, kami membangunkan rangkaian yang menawarkan formulasi bernilai tinggi pada harga yang berpatutan, termasuk konsep ‘3 dalam 1’ HARUCARE™, serta ‘2 dalam 1’ menerusi HARUBRIGHT™ dan HARUFIRM™,” ujarnya lagi.

Kejayaan GREENSTOPIA® 4.0 turut direalisasikan hasil sokongan Galeri Jualan Kiara Bay Kuala Lumpur oleh UEM Sunrise dan Melati Ehsan selaku penyedia lokasi.

Rakan strategik lain yang terlibat antaranya Ayu Borneo™, Thanam Industry Sdn Bhd, ZUS Coffee, Lovebite Crisp, MOG Eyewear dan UNILOC.

Acara tahunan itu berjaya menghimpunkan komuniti dengan lebih 1,000 Ikrar Kesejahteraan atau ‘wellness pledges’ bagi menggalakkan individu mengambil lebih banyak tanggungjawab terhadap kesihatan kendiri menerusi kegiatan harian yang mudah dan konsisten.

Menerusi inisiatif kitar semula, pengambilan pokok angkat dan ‘wellness pledges wishing tree’ sepanjang program berlangsung, peserta berpeluang menterjemahkan komitmen mereka kepada tindakan bermakna demi masa depan yang lebih sihat dan lestari.

GREENSTOPIA® 4.0 dimulakan dengan aktiviti seawal jam 8.30 pagi seperti sesi ‘sunrise yoga flow’ dan bengkel gubahan bunga bagi 30 peserta terawal.