Bayangkan sebuah telefon pintar yang bukan sahaja mampu bertahan lebih lama, malah direka untuk berdepan hentakan, air, panas terik dan penggunaan lasak seolah-olah ia memang dibina untuk menemani pengguna dalam apa jua keadaan.
Itulah yang cuba ditawarkan HONOR menerusi model flagship pertengahan terbaharunya, HONOR X9e Pro yang tampil dengan lima gelaran industri pertama secara serentak.
Lebih menarik, antara lima pencapaian berkenaan, kapasiti bateri gergasi 11,000mAh menjadi tumpuan utama, sekali gus mengubah persepsi terhadap kemampuan sebuah telefon dalam segmen pertengahan.
HONOR X9e Pro bukan sekadar hadir dengan bateri berkapasiti besar, malah turut mencatat pencapaian dari aspek ketahanan, perlindungan air, kecerahan skrin serta kedudukan jualan siri HONOR X dalam pasaran.
Lima gelaran tersebut ialah kapasiti bateri terbesar, ketahanan paling kukuh, ketahanan air terbaik, kecerahan skrin tertinggi dan siri paling laris dalam segmen pertengahan.
Bateri 11,000mAh, tak perlu lagi risau habis kuasa
Dengan kapasiti 11,000mAh, HONOR X9e Pro kini memegang gelaran bateri terbesar dalam industri.
Dalam ujian makmal, telefon pintar ini mampu memainkan video secara berterusan sehingga 66.8 jam, mendengar muzik selama 164.5 jam dan melayari video pendek selama 35.6 jam.
Mudah cerita, untuk penggunaan harian, satu pengecasan sahaja sudah cukup memberi keyakinan untuk melalui hujung minggu yang panjang tanpa perlu terlalu memikirkan di mana hendak mencari palam kuasa.
Apa yang lebih menarik, HONOR X9e Pro bukan sekadar menawarkan pengecasan pantas.
Ia menyokong pengecasan berwayar 80W dan pengecasan songsang 27W secara serentak.
Fungsi ini membolehkan X9e Pro bukan sahaja mengecas dirinya dengan pantas, malah bertukar menjadi sumber kuasa kecemasan untuk peranti lain seperti earbuds, power bank atau telefon rakan ketika diperlukan.
Lebih mengagumkan, bateri berkenaan direka untuk terus berfungsi dengan baik dalam suhu ekstrem antara -20 darjah Celsius hingga 50 darjah Celsius, selain mempunyai jangka hayat rasmi sehingga enam tahun.
Ditembak pistol udara pun skrin kekal berfungsi
Bateri besar mungkin menarik perhatian, tetapi HONOR X9e Pro turut membawa ketahanan ke tahap yang sukar dijangka bagi sebuah telefon pintar.
Reka bentuk casing X9e Pro mengambil inspirasi daripada palang perlindungan hentaman atau crash beam yang digunakan pada kereta lumba.
Konsepnya adalah mudah tetapi cukup penting di mana daya hentaman ketika telefon terjatuh disalurkan dengan pantas ke rangka badan bagi membantu melindungi komponen utama seperti papan induk (motherboard) dan skrin.
Di antara skrin dan rangka telefon pula, HONOR buat julung kalinya menggunakan penyelesaian pelekat titik penuh (full-surface adhesive bonding), menggantikan sepenuhnya pelekat belakang konvensional.
Teknologi itu berfungsi seakan-akan ribuan kusyen udara mikro yang membantu menyerap serta melerai daya hentaman pada titik yang berpotensi menyebabkan skrin pecah.
Namun, HONOR tidak berhenti setakat ujian jatuh piawai.
Dalam satu ujian langsung di lapangan, media turut dijemput menyaksikan skrin HONOR X9e Pro ditembak menggunakan peluru getah daripada pistol udara.
Hasilnya, skrin tersebut kekal berfungsi seperti biasa walaupun selepas dikenakan beberapa tembakan.
Ketahanan itu turut disokong menerusi ujian jatuh membabitkan 10 jenis permukaan lantai sebenar serta kesemua lapan sudut badan telefon.
Antara permukaan yang diuji termasuk jubin licin, marmar, granit, jalan berturap dan jalan berbatu; situasi yang sememangnya dekat dengan risiko penggunaan telefon dalam kehidupan seharian.
Ketahanan berkenaan membolehkan HONOR X9e Pro meraih SGS Premium Performance Certification of Drop & Crush Resistance.
Seperti kapal selam, kalis air hingga 10 meter
Kalau ketahanan terhadap hentakan sudah cukup mengagumkan, HONOR X9e Pro turut membawa perlindungan air ke tahap yang lebih tinggi.
Telefon ini memperoleh tiga pensijilan iaitu IP68, IP69 dan IP69K, dengan kedalaman rintangan air ditingkatkan sehingga 10 meter.
Malah, ia mampu menahan sehingga 100,000 kitaran kemasukan air dan kekal boleh dipercayai walaupun selepas direndam berulang kali.
Tidak terhenti di situ, X9e Pro turut lulus ujian semburan garam secara berterusan selama 24 jam.
Keupayaan ini menjadikannya sesuai untuk persekitaran yang lebih mudah terdedah kepada kakisan seperti kawasan pantai atau lokasi yang lembap.
Menariknya, keseluruhan struktur ketahanan air X9e Pro mengambil inspirasi daripada reka bentuk kapal selam.
Ia menggabungkan cengkerang luar tahan tekanan, lapisan ketahanan air berbilang lapis dan sistem pengedapan berpetak bersama saluran pengaliran air yang direka dengan tepat.
Hasilnya, komponen terdedah seperti pembesar suara mampu mengalirkan lebihan air dengan pantas walaupun berada di bawah tekanan tinggi, sekali gus membantu melindungi komponen teras daripada risiko kakisan.
10,000 nit, skrin tetap jelas bawah panas terik
Bagi pengguna di Malaysia yang sudah biasa dengan cuaca panas terik, kemampuan melihat skrin dengan jelas di bawah cahaya matahari sememangnya bukan perkara kecil.
HONOR X9e Pro menjawab cabaran itu menerusi kecerahan puncak sehingga 10,000 nit.
Pencapaian itu dicapai menerusi penggunaan bahan pendarfluor deuterium generasi kedua yang dibangunkan bersama rantaian bekalan HONOR, sekali gus menghasilkan peningkatan kecerahan sebanyak 67 peratus berbanding generasi sebelumnya.
Bukan sahaja lebih cekap memancarkan cahaya, struktur skrin turut direka supaya lebih stabil, sekali gus membantu mengurangkan risiko skrin terbakar atau burn-in.
Bagi pengguna Malaysia yang berdepan cuaca panas sepanjang tahun, peningkatan ini pastinya memberikan satu lagi kelebihan ketika menggunakan telefon di luar rumah.
Empat generasi berturut-turut jadi juara jualan
Jika lima gelaran industri pertama itu menunjukkan apa yang mampu dilakukan oleh HONOR X9e Pro, rekod jualan siri HONOR X pula memberi gambaran mengenai penerimaan pengguna terhadap keluarga telefon pintar berkenaan.
Siri HONOR X kini menjadi siri telefon pintar pertengahan paling laris di Malaysia selama empat generasi berturut-turut.
Lebih daripada itu, siri tersebut mengekalkan kedudukan No.1 dalam pasaran selama 37 bulan berturut-turut, bermula Februari 2023 hingga Mac 2026.
Pada suku keempat 2025 sahaja, bahagian pasarannya mencecah setinggi 77 peratus.
Di peringkat global pula, siri HONOR X telah mencatatkan lebih 130 juta pengguna terkumpul.
Ketahanan, jangka hayat bateri yang panjang serta prestasi stabil menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada sambutan berterusan terhadap siri berkenaan.
Dengan gabungan lima gelaran industri pertama, bateri 11,000mAh, ketahanan luar biasa, perlindungan air sehingga 10 meter dan kecerahan skrin sehingga 10,000 nit, HONOR X9e Pro jelas hadir dengan misi untuk membawa definisi baharu kepada telefon flagship pertengahan.
Persoalannya kini, sejauh mana telefon ini mampu mengubah pengalaman pengguna apabila semua kelebihan tersebut berada dalam satu peranti?
Jawapannya bakal diketahui tidak lama lagi.
HONOR X9e Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 24 September. Nantikan maklumat lanjut.