Keluarga Najib belum lunas denda RM50 juta - Peguam Negara

Iklan
Datuk Seri Najib Razak

KAJANG – Keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum melunaskan denda RM50 juta yang menjadi syarat bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, bayaran denda berkenaan perlu dibuat di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memandangkan kes tersebut bermula dan dibicarakan di mahkamah berkenaan.

Iklan
Iklan

"Selepas pembayaran dibuat, saya tidak boleh jangka secara tepat bila Datuk Seri Najib akan dibawa pulang ke rumah, mungkin ambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Presiden UMNO itu selepas bayaran denda dibuat, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan Jabatan Penjara.

Iklan

Sementara itu, tinjauan di pekarangan Penjara Kajang juga mendapati tiada pergerakan membabitkan individu kenamaan keluar dari penjara berkenaan.

Bagaimanapun, cubaan media mendapatkan maklum balas pihak penjara berhubung perkembangan itu tidak berhasil.

Iklan