'Mat rempit' di Persiaran Pulau Lumut masuk 'jerat' polis

Iklan
Polis melaksanakan operasi penguatkuasaan banteras samseng jalanan di sekitar Persiaran Pulau Lumut Klang pada Ahad. Gambar kecil: Jit Huey

KLANG – Kegiatan samseng jalanan atau 'mat rempit' di Persiaran Pulau Lumut, Laguna Park Pulau Indah di sini digempur pada Ahad.

Operasi bermula jam 6 petang itu digerakkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, sepanjang operasi, pemeriksaan telah dijalankan terhadap 12 individu dan 11 buah motosikal.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, sebanyak 49 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Iklan

"Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, kesalahan nombor pendaftaran, cermin sisi, ubah suai ekzos dan struktur peralatan, aksesori tidak sempurna, tidak memakai topi keledar serta penunggang bawah umur.

Polis melaksanakan operasi penguatkuasaan banteras samseng jalanan di sekitar Persiaran Pulau Lumut Klang pada Ahad.

Iklan

"Polis turut menyita 11 motosikal untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, operasi penguatkuasaan selama tiga jam itu membuktikan komitmen berterusan IPD Klang Selatan dalam membanteras kegiatan samseng jalanan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Sebelum itu, pihak IPD Klang Selatan menerima aduan serta maklumat daripada orang awam berkaitan kegiatan samseng jalanan di sekitar lokasi terbabit sebelum pemantauan dan rondaan di sekitar Persiaran Pulau Lumut dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dilaksanakan pada Sabtu.

Kata beliau, ini sebagai langkah pencegahan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

"BSPT IPD Klang Selatan akan terus mengambil tindakan terhadap setiap aduan dan maklumat yang disalurkan oleh orang awam melalui pemantauan serta rondaan secara berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pematuhan undang-undang sentiasa diberi keutamaan.

"Orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan kegiatan samseng jalanan dan kesalahan lalu lintas melalui Hotline IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau melalui platform media sosial Facebook rasmi Polis Klang Selatan," ujarnya.