'Nah, sekarang terima padahnya' - Syahredzan

Iklan
Hantaran Syahredzan di Threads pada Isnin.

SHAH ALAM - Tindakan menurunkan Raja bukanlah perkara kecil kerana ia membabitkan asas negara termasuk sistem Raja Berperlembagaan.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, percubaan gabungan UMNO, Pas, Wawasan dan MCA untuk menurunkan salah seorang daripada sembilan Raja-raja Melayu daripada takhtanya akhirnya gagal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, isu berkenaan bukan hanya membabitkan Negeri Sembilan, sebaliknya mempunyai implikasi lebih besar terhadap sistem pemerintahan negara.

"Yang memegang jawatan eksekutif tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Sebab itu tindakan MMK Negeri Sembilan tempoh hari amat gopoh dan tidak cermat.

Iklan

"Malahan mereka menolak pandangan undang-undang Pejabat Peguam Negara, hingga SUK sendiri tidak mahu mewartakan proklamasi tersebut. Nah, sekarang terima padahnya," katanya dalam hantaran di platform Threads pada Isnin.

Sebelum, Syahredzan turut memuat naik tangkap layar berita bahawa Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan serta- merta.

Iklan

Pada Ahad, media melaporkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

Justeru, Syahredzan berkata, isu berkenaan perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas kerana melibatkan prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi sebahagian daripada asas sistem pemerintahan negara.

"Ini tentang mempertahankan asas-asas negara, termasuk sistem raja berperlembagaan. Rakyat Malaysia ada hak bersuara dalam hal ini, ada pihak yang kucar-kacirkan salah satu negeri dalam Malaysia," ujarnya lagi.