ALOR GAJAH - Bedah siasat terhadap mayat lelaki dan wanita yang ditemukan di dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di sini semalam, telah selesai dilaksanakan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, mayat lelaki berusia 31 tahun itu dituntut ibunya, manakala mayat wanita berumur 33 tahun pula dituntut abangnya, masing-masing kira-kira jam 11 malam tadi.
Iklan
Iklan
"Bedah siasat telah selesai dan keputusan masih menunggu siasatan makmal dan kedua-dua jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan di Durian Tunggal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari pada 12.05 tengah malam.
Siasatan awal terhadap kedua-dua mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah termasuk kemungkinan disamun atau berlaku pergelutan. - Bernama