Pengampunan Najib: UMNO tak semakin kuat, kelebihan buat PH - Penganalisis

Iklan
Mohd Afandi berkata, bukan sahaja orang Melayu, tetapi semua rakyat Malaysia sedang menilai moral UMNO dan Pas serta parti-parti dalam pakatan mereka yang dilihat menyokong orang yang didapati bersalah dalam jenayah rasuah. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan kekuatan kepada UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan sokongan pengundi terasnya.

Profesor Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Afandi Salleh berkata, bukan sahaja orang Melayu, tetapi semua rakyat Malaysia sedang menilai moral UMNO dan Pas serta parti-parti dalam pakatan mereka yang dilihat menyokong orang yang didapati bersalah dalam jenayah rasuah.

Iklan
Iklan

"Kelihatan jelas nilai UMNO yang masih tidak merasakan rasuah adalah jenayah, dari 1MDB sehingga ke isu Tabung Haji.

"Manakala Pas pula yang dulunya bercakap soal jenayah hudud, sekarang meninggalkan prinsip agama dan moral demi mendapat sokongan ahli UMNO.

Iklan

"Ia memberi kesan besar kepada sokongan Melayu dan bukan Melayu yang majoriti menolak rasuah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pengampunan bersyarat terhadap Najib memberi 'bola tanggung' kepada PH dalam menghadapi PRU16.

Iklan

Ujar Hassan, hanya sehari selepas pengampunan itu diberikan, jelas kelihatan keputusan berkenaan telah memudaratkan UMNO dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Mengulas mengenai kutipan tabung yang dianjurkan UMNO demi membantu Najib, Mohd Afandi berkata, langkah itu seakan mencabar kewarasan dan nilai sebenar ahli UMNO dan jika ada ahli Pas yang 'menyumbang' kepada orang yang telah terlbat dalam rasuah berbilion ringgit kerana dilihat ada jasa kepada negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini berkata, kutipan tabung sumbangan bagi membantu melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap Najib bukan atas permintaan beliau, sebaliknya hasrat ahli UMNO.

Jelasnya, usaha berkenaan merupakan susulan cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat sokongan kepimpinan serta ahli parti. - Awani