Muatan besi cerucuk dibawa lori terjatuh ketika membelok

Iklan
Muatan besi cerucuk yang dibawa sebuah lori terjatuh di jalan.

KLANG - Muatan besi cerucuk yang dibawa sebuah lori terjatuh di jalan sebelum terkena bahagian hadapan kanan sebuah kereta dalam kejadian di persimpangan Jalan Kapar-Persiaran Hamzah Alang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian kira-kira jam 4.25 petang itu melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta.

Iklan
Iklan

Tular video di media sosial memaparkan kesesakan jalan raya dipercayai berpunca akibat sebuah lori yang membawa muatan besi cerucuk.

Menurutnya, siasatan mendapati lori dipandu lelaki berusia lingkungan 40-an itu dalam perjalanan dari Jalan Kapar menghala ke Meru.

Iklan

"Siasatan awal mendapati, semasa membelok ke kiri, berlaku masalah teknikal pada bahagian belakang lori sehingga menyebabkan muatan besi cerucuk terjatuh ke atas jalan dan terkena bahagian hadapan sebelah kanan kereta yang dipandu wanita berusia lingkungan 40-an.

"Kemalangan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Kejadian kira-kira jam 4.25 petang Sabtu itu melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan kesesakan jalan raya dipercayai berpunca akibat sebuah lori yang membawa muatan besi cerucuk.

Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah 94 dan 170/59.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Sarjan Mohammad Mohd Kodin di talian 011-23831459 bagi membantu siasatan," katanya.