Lelaki nyaris maut tersepit dalam kereta

Iklan
Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta jenis Audi dipandunya terbabit dalam kemalangan selepas Terowong Smart menghala ke pusat bandar di sini pada Ahad.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Najilan Che Pha berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Kemalangan membabitkan sebuah kereta Audi dan seorang lelaki berusia 37 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, mangsa berusia 37 tahun itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan pasukan bomba sebelum diserahkan kepada ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan

"Kerja-kerja seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.