KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan malam ini menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pendaki lelaki yang terpisah daripada kumpulannya di hutan berhampiran Kem Tudung Periuk, Gua Musang.
Mangsa, Muhammad Asrul Quyyum Asmmuddin, 23, dilaporkan terjatuh ke kawasan curam selepas tergelincir daripada laluan pendakian, namun tidak mengalami kecederaan serius dan masih mampu berjalan.