Mural Macklemore hiasi Gaza selepas kontroversi jelajah Ed Sheeran

Iklan
Mural itu memaparkan imej Macklemore diselubungi bendera Palestin. Foto Agensi

GENTING GAZA - Sekumpulan artis di Genting Gaza melukis mural penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Macklemore pada konkrit besar di tengah-tengah runtuhan di wilayah itu selepas beliau disingkirkan daripada siri jelajah Ed Sheeran kerana menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

“Terima kasih kerana bersuara untuk Palestin,” menurut tulisan pada mural berkenaan.

Iklan
Iklan

Anne Redwan, 26, yang mereka bentuk dan melukis mural tersebut bersama rakan artisnya, Qusai al-Helo memberitahu mereka mahu menyampaikan mesej sebagai tanda terima kasih kepada pelantun lagu Thrift Shop itu dengan cara yang sederhana.

“Sebagai artis yang hidup dalam kepungan di Gaza, kami menantikan sokongan daripada sesiapa sahaja yang dapat melihat penindasan berterusan ini. Kami boleh menghasilkan mural yang lebih besar daripada ini untuk meluahkan isi hati kami,” katanya.

Iklan

Macklemore yang sekian lama menyokong perjuangan Palestin disingkirkan daripada barisan persembahan jelajah bintang pop Britain, Ed Sheeran susulan kenyataannya di pentas yang mengkritik perang ganas Israel di Gaza.

Sheeran memberi alasan penyingkiran Macklemore kerana pemilik stadium enggan membenarkan penyanyi rap itu membuat persembahan.

Iklan

Billionair Amerika Syarikat (AS), Robert Kraft yang memiliki Stadium Gillette di Massachusetts, berkata beliau menghalang Macklemore daripada membuat persembahan di lokasi berkenaan atas dakwaan antisemitisme yang dinafikan penyanyi itu.

Kontroversi itu bagaimanapun tidak menghalang Macklemore daripada terus menzahirkan solidariti dengan Palestin dan beliau menyumbangkan AS$1 juta (RM4.08 juta) daripada pendapatan bersihnya menerusi jelajah tersebut kepada enam pertubuhan bantuan yang menyokong penduduk Gaza. - AFP