MPS siasat dakwaan maklumat pengadu bocor

Iklan
Kenyataan media MPS pada Jumaat.

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan maklumat seorang pengadu diketahui pihak tertentu yang tular di media sosial menerusi platform Threads dan penyebaran video.

MPS dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius dakwaan itu terutama membabitkan aspek kerahsiaan dan pengendalian maklumat pengadu yang diterima melalui saluran aduan rasmi.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, siasatan sedang dijalankan bagi meneliti perkara itu termasuk mengenal pasti punca serta keadaan sebenar yang berlaku.

"MPS tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran peraturan.

Iklan

"Tindakan tegas akan diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

MPS turut menegaskan pihaknya sentiasa mengambil berat aspek kerahsiaan maklumat pengadu yang disalurkan menerusi saluran rasmi pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Iklan