Hujan tidak halang petugas media tunggu di depan rumah Najib

Iklan
Hujan yang mencurah tidak mematahkan penantian petugas media tempatan dan antarabangsa yang berkampung di luar kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR - Cuaca hujan tidak mematahkan penantian petugas media tempatan dan antarabangsa yang berkampung di luar kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Jumaat bagi mendapatkan jawapan mengenai status beliau.

Bersama payung, kamera dan mikrofon, pengamal media terus bertahan dalam hujan di pekarangan kediaman bekas Ahli Parlimen Pekan itu, menanti perkembangan yang menjadi perhatian.

Iklan
Iklan

Penantian itu akhirnya terjawab apabila keputusan rasmi Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 diumumkan pada Jumaat.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman menerusi kaedah tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Iklan
Hujan yang mencurah tidak mematahkan penantian petugas media tempatan dan antarabangsa yang berkampung di luar kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta.

Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Najib turut diwajibkan mematuhi pelbagai syarat khusus yang ditetapkan sepanjang tempoh menjalani tahanan di rumah berkenaan.

Iklan

Keputusan itu dimaklumkan selepas permohonan pengampunan beliau sebelum ini ditangguhkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-63 pada 11 September lalu.