Kerajaan Madani perluas perlindungan bil elektrik kepada pengguna domestik sehingga 800 kWj

Iklan
Anwar bersama Fadillah (kanan) dan Amir Hamzah ketika mesyuarat khas berkaitan elektrik di bangunan Perbendaharaan, Putarajaya pada Khamis. - FOTO: Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA- Kerajaan memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai bulan ini sehingga Disember depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Mesyuarat khas isu elektrik selesai

Anwar beri bayangan berita baik isu elektrik

Iklan

Kerajaan mesyuarat esok, teliti langkah kurangkan kesan kenaikan bil elektrik - PM

Menurutnya, keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj, sekali gus menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa.

Iklan

"Kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara," jelas beliau.

Terdahulu Anwar mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Turut hadir, pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan, pengurusan kanan TNB dan Suruhanjaya Tenaga.

Mesyuarat berkenaan menjadi perhatian susulan kebimbangan pengguna terhadap peningkatan bil elektrik, khususnya membabitkan penggunaan elektrik yang tinggi serta pelaksanaan mekanisme pelarasan kos bahan api secara AFA.

Pada Rabu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sekitar 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kWj sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.

Keresahan rakyat mengenai bil elektrik kecoh di media sosial kerana didakwa melambung tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan khususnya kepada pihak TNB, PETRA dan ST atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera.