PUTRAJAYA - Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis menegaskan bahawa surat yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri telah diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya PLUS bertarikh 17 Julai 2026 adalah palsu.
PMO dalam kenyataan menegaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan serta menafikan sebarang kaitan dengan dokumen dan kelulusan seperti yang didakwa.