Ab Ghani presiden baharu FAM

Iklan
Ab Ghani Hassan dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas mengatasi Datuk Seri Shahril Mokhtar pada Kongres Luar Biasa di Petaling Jaya sebentar tadi.

DATUK AB Ghani Hassan dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas mengatasi Datuk Seri Shahril Mokhtar pada Kongres Luar Biasa di Petaling Jaya sebentar tadi.

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu memperoleh 20 undi berbanding Shahril lima undi daripada keseluruhan 25 perwakilan.

Iklan
Iklan

Keputusan tersebut menyaksikan Ab Ghani menjadi presiden kesembilan FAM sejak 1951, sekali gus diberi amanah meneruskan baki penggal 2025-2029.

Pemilihan semula kepimpinan FAM diadakan selepas barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) meletakkan jawatan pada Januari lalu susulan kemelut isu tujuh pemain warisan dan perkembangan berkaitan pendedahan serta audit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Iklan

Pemilihan turut berlangsung beberapa hari selepas FAM menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya, sekali gus membuka lembaran baharu buat badan induk bola sepak negara.

Keputusan bagi jawatan Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 3 serta barisan Exco akan diumumkan sebentar lagi.

Iklan

 


Rosmadi, Saaran menang Naib Presiden FAM

DATUK Seri Rosmadi Ismail memenangi kerusi Naib Presiden 1 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas meraih 15 undi pada Kongres Luar Biasa (EGM) badan induk itu di Petaling Jaya sebentar tadi.

Rosmadi mengatasi dua pencabarnya, Mohd Firdaus Mohamed dan Syed Yazid Syed Omar yang masing-masing menerima lima undi.

Keputusan itu menyaksikan Rosmadi dipilih mengisi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden yang dipertandingkan pada kongres berkenaan.

Sementara itu, Datuk N Saaran mencatat kemenangan selesa bagi kerusi Naib Presiden 3 selepas memperoleh 18 undi.

Beliau menewaskan Afizal Abu Othman yang menerima tujuh undi, sekali gus memberikan Saaran majoriti 11 undi dalam pemilihan jawatan tersebut.

Kemenangan itu menyaksikan Saaran meneruskan peranan dalam barisan kepimpinan tertinggi FAM selepas mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran bola sepak di peringkat negeri dan kebangsaan.