Hyrox Malaysia akui kesilapan, batal kerjasama dengan syarikat minuman beralkohol

Iklan
Kenyataan Hyrox Malaysia di laman media sosial.

HYROX Malaysia memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan sebuah syarikat minuman beralkohol bagi penganjuran acara Hyrox Kuala Lumpur 2026 susulan kebimbangan dan bantahan yang dibangkitkan masyarakat Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Hyrox Malaysia mengakui pihaknya sepatutnya mengambil kira sensitiviti agama serta nilai budaya masyarakat tempatan sebelum mengumumkan kerjasama berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kami memahami mengapa perkara ini menimbulkan kebimbangan dan rasa tersinggung. Kami sepatutnya memberikan pertimbangan lebih mendalam terhadap kepercayaan agama dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

"Kami mengakui kesilapan ini dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan berkenaan," menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan tidak akan meluluskan penganjuran Hyrox Kuala Lumpur 2026 selagi tajaan syarikat minuman beralkohol bagi acara itu tidak ditarik balik sepenuhnya.