19 pendaki terperangkap dalam kejadian kepala air

Iklan
Seramai 19 pendaki tempatan terperangkap akibat kejadian kepala air di Lata Debu, di sini, semalam.

BALING – Seramai 19 pendaki tempatan terperangkap akibat kejadian kepala air di Lata Debu, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.11 petang.

Iklan
Iklan

Susulan laporan tersebut, lapan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan berkenaan perlu berjalan kaki dan mendaki kira-kira dua kilometer sebelum tiba di kawasan mangsa terperangkap.

Iklan

Kumpulan berkenaan terdiri daripada sembilan wanita dan 10 lelaki berusia antara 20 hingga 25 tahun.

Menurutnya, kumpulan berkenaan terdiri daripada sembilan wanita dan 10 lelaki berusia antara 20 hingga 25 tahun.

Iklan

Kesemua mereka dipercayai terperangkap ketika dalam perjalanan turun selepas kawasan berkenaan dilanda limpahan air deras susulan hujan lebat yang berlarutan selama kira-kira dua jam.

“Bagi memastikan keselamatan mangsa, pasukan operasi menggunakan kaedah crossing river dengan memasang tali keselamatan sebelum setiap mangsa dipindahkan seorang demi seorang.

“Operasi menyelamat mengambil masa hampir empat jam berikutan keadaan batu yang licin serta arus air yang deras.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan sebelum diserahkan kepada PDRM pada jam 8.10 malam,” katanya dalam kenyataan.