Pemandu Honda Civic rempuh tiga kenderaan disahkan positif 4 jenis dadah

Iklan
Seorang lelaki tempatan disahkan positif empat jenis dadah selepas kereta Honda Civic dipandunya terbabit dalam kemalangan yang merempuh tiga kenderaan lain di Jalan Kampung Bandar Dalam, di sini, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan disahkan positif empat jenis dadah selepas kereta Honda Civic dipandunya terbabit dalam kemalangan yang merempuh tiga kenderaan lain di Jalan Kampung Bandar Dalam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaannya terbabas dan melanggar tiga kenderaan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan

Katanya, tiga kenderaan terbabit masing-masing dipandu seorang lelaki warga Algeria berusia 46 tahun serta dua wanita tempatan berusia 46 dan 51 tahun.

“Pemandu Honda Civic berkenaan kemudian hadir ke balai polis dan membuat laporan pada jam 10.39 malam.

Iklan

“Suspek turut menjalani ujian saringan perubatan serta ujian hembusan nafas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, keputusan ujian pernafasan mendapati lelaki terbabit tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

Bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mendapati suspek positif empat jenis dadah iaitu benzo, methamphetamine, ketamin dan amphetamine.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, polis meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.