KUALA LUMPUR - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman di Istana Selangor, Bukit Kiara di sini pada Isnin.
Dalam pertemuan itu, Raja Muda Selangor berkenan menerima sembah taklimat berkaitan perkembangan terkini SPRM serta membincangkan pelbagai perkara termasuk inisiatif pencegahan rasuah yang dilaksanakan agensi berkenaan khususnya di Selangor.
Iklan
Iklan
Abd Halim menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan Raja Muda Selangor meluangkan masa menerima menghadap serta mendengar sembah taklimat mengenai peranan dan perkembangan semasa SPRM.
Beliau turut menjunjung kasih atas sokongan dan keprihatinan baginda terhadap usaha berterusan membanteras gejala rasuah bagi memastikan tadbir urus yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti.
Sesi menghadap itu merupakan sebahagian daripada agenda rasmi sempena pelantikan Abd Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu pada 13 Mei 2026.