CHAGEE, Tourism Malaysia angkat kisah tempatan sempena Hari Malaysia 2026

Iklan

KUALA LUMPUR – Setiap negeri di Malaysia mempunyai cerita yang tersendiri, ada yang terkenal dengan mercu tanda ikonik, menyimpan khazanah budaya diwarisi turuntemurun, malah tidak kurang juga memiliki flora dan fauna unik menjadi kebanggaan penduduk setempat.

Iklan
Iklan

Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, CHAGEE menjalin kerjasama rasmi dengan Tourism Malaysia menerusi kempen Menyemarakkan Hari Malaysia 2026: Jelajah Keindahan Tanah Air, sebagai usaha mengangkat keindahan negara melalui pendekatan yang dekat dengan generasi muda.

Bertemakan ‘Daripada Kisah Tempatan kepada Koleksi Istimewa’, kempen ini bukan sekadar memperkenalkan barangan koleksi, malah mengajak rakyat Malaysia menghargai identiti negara dengan cara yang lebih kreatif dan interaktif.

Iklan

Tahukah anda Pulau Pinang mempunyai taman rama-rama dan pepatung yang terbesar di Malaysia? Atau setiap negeri mempunyai simbol, warisan dan kisah tersendiri yang membentuk identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan budaya?

Keunikan inilah yang diterjemahkan menerusi Siri Magnet Peti Sejuk Treasures of Malaysia, iaitu koleksi eksklusif berbentuk blind box yang diinspirasikan daripada kepelbagaian negeri di seluruh negara.

Iklan

Setiap magnet menampilkan elemen yang mencerminkan identiti Malaysia seperti mercu tanda terkenal, destinasi pelancongan, khazanah budaya yang kurang dikenali serta keindahan flora dan fauna tempatan.

Ia bukan sekadar hiasan, sebaliknya menjadi simbol yang mengingatkan masyarakat terhadap kekayaan warisan negara.

Konsep blind box turut memberikan elemen kejutan kepada setiap pembelian, sekali gus menjadikan pengalaman mengumpul lebih menyeronokkan.

Selain menggalakkan budaya mengumpul koleksi, pendekatan ini secara tidak langsung membangkitkan rasa ingin tahu terhadap kisah di sebalik setiap rekaan.

Melalui kerjasama ini, CHAGEE dan Tourism Malaysia berharap lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, terdorong untuk mengenali destinasi dalam negara dengan lebih dekat.

Kisah yang sebelum ini mungkin kurang diketahui kini dipersembahkan dalam bentuk yang lebih mudah didekati dan relevan dengan gaya hidup masa kini.

Sebagai jenama yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negara, CHAGEE turut memainkan peranan sebagai platform yang mendekatkan pengalaman pengguna dengan budaya tempatan menerusi produk, kempen dan barangan eksklusif yang mengetengahkan identiti Malaysia.

Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Perhubungan Awam CHAGEE Malaysia, Adli Amirullah berkata, kerjasama bersama Tourism Malaysia amat bermakna buat CHAGEE.

“Ia menjadi peringatan untuk kita terus meneroka dan menghargai keindahan tanah air daripada permata tersembunyi hinggalah ke keunikan kisah di setiap negeri.

“Menerusi koleksi ini, kami berharap dapat menyuntik semangat dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda untuk terus berbangga dan meneroka keindahan negara kita,” katanya.

Pendekatan ini selari dengan aspirasi untuk menjadikan pelancongan domestik bukan sekadar aktiviti melancong, tetapi satu pengalaman menghargai sejarah, budaya dan kepelbagaian yang menjadi asas pembentukan negara.

Kempen ini berlangsung dari 16 September hingga 5 Oktober 2026, bersempena sambutan Hari Malaysia yang menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat.

Bermula 30 September, siri Magnet Peti Sejuk Treasures of Malaysia boleh didapati di semua cawangan CHAGEE di seluruh negara.

Pelanggan boleh memiliki satu magnet eksklusif menerusi pembelian bersama satu CHAGEE Milk Tea (L) terpilih.

Bagi peminat koleksi, kotak koleksi eksklusif yang mengandungi kesemua 14 rekaan turut ditawarkan pada harga à la carte, sekali gus memberi peluang untuk melengkapkan keseluruhan siri tanpa perlu mencarinya secara berasingan.

Lebih daripada sekadar koleksi, setiap magnet membawa sebuah cerita. Daripada mercu tanda ikonik hingga khazanah budaya yang tersembunyi, setiap rekaanmenjadi peringatan bahawa Malaysia mempunyai begitu banyak keunikan yang wajar dihargai dan diterokai.

Melalui kolaborasi antara CHAGEE dan Tourism Malaysia, kisah-kisah tempatan dihidupkan dalam bentuk yang lebih dekat dengan masyarakat, sekali gus menyemarakkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia serta menggalakkan lebih ramai meneroka keindahan tanah air sendiri.