'Sudah Maghrib adik belum pulang, jumpa hanya jasad'

Iklan
Muhammad Iman Nuruddin merupakan antara empat kanak-kanak maut dalam tragedi mengambil bola dalam longkang.

ALOR SETAR – Seorang abang yang keluar untuk mencari adiknya bertukar tragedi apabila Muhammad Iman Nuruddin, 10, ditemukan lemas dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di Kulim pada Isnin.

Muhammad Irfan Hafizuddin, 20, berkata, ketika itu sudah menghampiri waktu Maghrib namun adiknya masih belum pulang ke rumah menyebabkan ibunya meminta dia keluar untuk mencarinya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Muhammad Iman Nuruddin telah keluar bermain bersama tiga lagi rakannya sebelum kejadian berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN:Ambil bola dalam longkang, polis sahkan empat kanak-kanak meninggal dunia

Iklan

4 budak maut: Tak sempat beli kasut bola sepak, bapa hilang dua anak serentak

Dua kanak-kanak lemas dalam longkang, dua lagi dikejarkan ke hospital

Iklan

'Sudah Maghrib adik belum pulang, jumpa hanya jasad'

Muhammad Irfan Hafizuddin menunjukkan gambar adiknya semasa ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada Selasa.

“Ada orang beri bantuan pernafasan (CPR) kepada adik saya. Selepas saya sampai, saya juga ada buat CPR pada dia beberapa kali tetapi tiada tindak balas,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada Selasa.

Polis menerima maklumat pada jam 7.30 petang memaklumkan empat kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang di kawasan tersebut.

Pada Isnin, media melaporkan kejadian pada jam 7.30 malam itu, empat kanak-kanak berusia antara lapan hingga 12 tahun dipercayai pergi mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang sebelum kesemuanya ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kesemua mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12; adik tirinya, Muhammad Arif Naufan, 8; serta dua rakan mereka, Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12, dan Muhammad Iman Nuruddin, 10.

Pemergian Muhammad Iman Nuruddin dirasai keluarga terutama apabila adiknya itu akan dikebumikan bersama tiga lagi mangsa dalam satu liang lahad.

Muhammad Irfan Hafizuddin berkata, adiknya kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, pemergian Muhammad Iman Nuruddin dirasai keluarga terutama apabila adiknya itu akan dikebumikan bersama tiga lagi mangsa dalam satu liang lahad.

“Pemergian mereka sangat dirasai semua orang kerana mereka semua rapat antara satu sama lain,” ujarnya.