Kembali jadi tumpuan, Mohd Shuhaily lawat pintu masuk strategik Sarawak

Iklan
Mohd Shuhaily (kiri) melawat pusat kawalan keselamatan Lapangan Terbang Sibu dan Pelabuhan Bintulu bagi meninjau operasi harian dan bertemu pegawai serta anggota yang bertugas di lapangan. Foto Facebook Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia - AKPS

SIBU - Kawalan keselamatan Lapangan Terbang Sibu menjadi tumpuan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain semasa lawatannya ke sini pada Khamis.

AKPS menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, lawatan kerja itu bertujuan menilai keberkesanan pemeriksaan penumpang dan kargo serta penyelarasan antara agensi penguatkuasaan di pintu masuk udara berkenaan.

Iklan
Iklan

"AKPS komited memastikan kelancaran pergerakan penumpang dan barangan sentiasa diseimbangkan dengan keperluan keselamatan dan kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu. 

Lapangan Terbang Sibu adalah antara pintu perhubungan udara strategik yang menghubungkan wilayah tengah Sarawak dengan pusat ekonomi utama domestik dan serantau.

Iklan

Lawatan itu adalah sebahagian daripada siri tinjauan Mohd Shuhaily ke pintu masuk negara di Sarawak.

Beliau turut mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Bintulu bagi meninjau operasi harian dan bertemu pegawai serta anggota yang bertugas di lapangan.

Iklan

Sebagai pintu masuk perdagangan antarabangsa, Pelabuhan Bintulu mempunyai peranan strategik dalam keselamatan sempadan negara.- Bernama