Isteri maut ditikam suami 13 kali: Suspek sempat mandi, ambil anak sebelum serah diri

Iklan
Seorang lelaki dipercayai sempat mandi sebelum mengambil anaknya daripada pengasuh dan menyerahkan kanak-kanak itu kepada kakaknya selepas disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali.

KULIM - Seorang lelaki dipercayai sempat mandi sebelum mengambil anaknya daripada pengasuh dan menyerahkan kanak-kanak itu kepada kakaknya selepas disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tiram di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam sebelum suspek berusia 43 tahun itu hadir ke Balai Polis Lunas kira-kira 10 minit kemudian dan memaklumkan telah menikam isterinya.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita maut ditikam 13 kali, suami serah diri

Menurutnya, selepas kejadian, suspek yang juga penganggur dipercayai mandi sebelum mengambil anak mereka berusia tiga tahun daripada pengasuh.

Iklan

Seorang wanita maut disyaki ditikam sebanyak 13 kali oleh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tiram. Foto tular

"Suspek turut memaklumkan kepada kakaknya bahawa dia telah menikam isterinya sebelum pergi ke Balai Polis Lunas untuk menyerah diri," katanya.

Iklan

Suspek mengaku telah menikam isterinya sebanyak tujuh kali tikaman di dada, lima di perut dan satu di rusuk kanan menggunakan pisau lipat.

Syamsul berkata, suspek turut menyerahkan sebilah pisau lipat yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku menikam isterinya yang berusia 39 tahun sebanyak 13 kali iaitu tujuh tikaman di dada, lima di perut dan satu di rusuk kanan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku di bilik tidur utama yang didiami pasangan berkenaan bersama anak mereka.

Suspek turut memaklumkan kepada kakaknya bahawa telah bertindak menikam isterinya sebelum ke Balai Polis Lunas untuk menyerah diri.

"Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah turut hadir dan mengambil 11 sampel berkaitan kejadian," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian kemungkinan berpunca daripada pertengkaran antara suspek dan mangsa akibat cemburu.

Mangsa dibawa ke Hospital Kulim oleh ahli keluarga sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam.

Syamsul berkata, suspek ditahan kira-kira jam 9 malam ketika berada di Balai Polis Lunas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Temu bual awal bersama jiran mendapati mereka tidak mendengar sebarang pertengkaran dipercayai disebabkan hujan lebat ketika kejadian," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.