Kudrat yang memberi rakyat makan

Iklan
Pesawah, petani dan penternak golongan penting yang menjadi tulang belakang dalam memastikan bekalan makanan negara terus terjamin. Gambar kecil dari kiri: Azhar, Azizah dan Idris

SUNGAI PETANI – Pesawah, petani dan penternak golongan penting yang bukan sahaja mencari rezeki untuk keluarga, tetapi menjadi tulang belakang dalam memastikan bekalan makanan negara terus terjamin.

Seorang petani, Azhar Hamat, 57, antara pengusaha tanaman padi sejak 27 tahun lalu di Kampung Permatang Berangan di sini bersama beberapa pesawah lain di kawasan seluas 10 relung atau 2.9 hektar.

Iklan
Iklan

“Berdasarkan pengiraan kasar, 13.6 tan padi ini dianggarkan mampu menghasilkan sekitar 8.8 tan beras selepas melalui beberapa proses.

“Jika diambil kira seorang pengguna menggunakan kira-kira 0.1 kg beras bagi setiap hidangan, ia dianggarkan mampu menyediakan 88,000 hidangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Seorang lagi petani di kampung sama, Azizah Ramli, 57, memberitahu, dia mula menghantar ulam yang dikutip dan dijual seperti pucuk janggus, ulam raja serta daun selom ke beberapa kedai berdekatan sejak 10 tahun lalu bagi menambah pendapatan.

“Ulam dihantar kebiasaannya tiga kali seminggu, dalam sehari saya kutip dan jadikan kira-kira 50 ikat. Setiap ikat dipercayai boleh dijamah sekurang-kurangnya tiga orang.

Iklan

“Jadi, dalam sehari saya andaikan 150 orang telah makan ulam itu dan seminggu mencecah 450 orang menikmatinya,” katanya.

Menurut Azizah, berdasarkan kiraan itu, kira-kira 1,800 orang telah menikmati ulam itu dalam tempoh sebulan, manakala jumlahnya mencecah 10,800 orang dalam tempoh enam bulan, jika dipasarkan mengikut anggaran sama.

Sementara itu, nelayan pukat udang, Idris Baharom, 46, berkata, dia sudah 15 tahun berpengalaman memukat udang di sekitar persisiran pantai Kuala Muda hingga ke Pulau Sayak.

Katanya, secara kebiasaan berjaya memperoleh kira-kira 3.5 kilogram udang bersaiz besar dalam sehari yang boleh dijadikan hidangan kepada 30 orang.

“Kalau sehari, hasil kira-kira 3.5 kilogram boleh diberi makan kepada 30 orang. Dalam tempoh sebulan, kita andaikan 30 hari, jadi hasil itu dinikmati kepada 900 orang,” katanya.

Idris berkata, dalam tempoh enam bulan pula, hasil tangkapan berkenan telah dinikmati kira-kira 5,400 orang secara puratanya.

Walaupun bidang berbeza, usaha dilakukan mereka bukan semata-mata meraih pendapatan bagi menyara kehidupan, malah secara tidak langsung menyumbang kepada bekalan makanan rakyat negara ini.