Jarak jauh sukarkan bantuan bomba ke pedalaman
Iklan
Anggota bomba semasa melakukan demonstrasi memadam api bersama seorang murid.
KENINGAU - Jarak jauh dari balai bomba serta laluan sungai yang perlu ditempuh untuk sampai ke penempatan pedalaman Pagalungan menjadi cabaran sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan yang memerlukan bantuan segera.
Keadaan itu menjadikan pengetahuan asas keselamatan dan keupayaan penduduk mengambil tindakan awal amat penting sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.