Cadang projek perintis rumah mesra warga emas
Iklan
Beberapa negara sudah mempunyai skim pengubahsuaian rumah bagi membolehkan penduduk menyesuaikan kediaman mengikut keperluan apabila usia meningkat. Foto hiasan janaan AI
SHAH ALAM - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) mengemukakan kertas cadangan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) pada Jun lalu bagi melaksanakan kajian perintis pengubahsuaian semula (retrofit) rumah mesra warga emas.
Pegawai Penyelidik Kanan MyAgeing yang juga Penolong Setiausaha Persatuan Gerontologi Malaysia, Chai Sen Tyng berkata, cadangan itu bagaimanapun belum mendapat kelulusan.