Taka taruhan baharu B-17 wanita

Iklan
Takayoshi

 

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan jurulatih dari Jepun, Takayoshi Ishihara sebagai pengendali skuad wanita Bawah 17 Tahun (B-17) negara.

Iklan
Iklan

 

Ishihara, 49, yang lebih dikenali sebagai Taka membawa pengalaman lebih dua dekad dalam bidang kejurulatihan termasuk pembangunan pemain, pembentukan pasukan dan kepimpinan.

Iklan

 

Sepanjang kariernya, beliau pernah mengendalikan beberapa kelab di Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

Iklan

 

Antara pencapaian terbaik Ishihara adalah ketika membimbing INAC Kobe Leonessa pada 2013 apabila membawa kelab itu meraih empat kejuaraan dalam satu musim.

 

Empat gelaran tersebut ialah Nadeshiko League, Nadeshiko League Cup, International Women’s Club Championship dan Empress’s Cup.

 

Bagi mengendalikan skuad wanita B-17 negara, Ishihara akan dibantu dua lagi jurulatih dari Jepun iaitu Ito Mizuki sebagai penolong ketua jurulatih dan Mayu Hinada selaku jurulatih kecergasan.

 

Ito turut menggalas tugas jurulatih penjaga gol selain mempunyai pengalaman bersama beberapa kelab di Jepun, Australia dan Singapura termasuk Osaka City FC, Sydney FC serta Albirex Niigata Singapore.

 

Menurut FAM, pelantikan barisan kejurulatihan itu sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan bola sepak wanita negara menerusi kepakaran dan pengalaman yang dimiliki ketiga-tiga jurulatih berkenaan.