[VIDEO] Cerun runtuh: Laluan di KM263.6 PLUS disahkan selamat

Iklan

IPOH - Laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kilometer (KM) 263.6 arah selatan berhampiran Terowong Menora disahkan selamat digunakan selepas insiden gelongsoran tanah pada Jumaat lalu.

Laluan Lebuhraya PLUS di KM 263.6 arah selatan berhampiran Terowong Menora disahkan selamat digunakan selepas insiden gelongsoran tanah pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, hasil pemantauan menyeluruh oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia Berhad mendapati struktur cerun di lokasi berkenaan kekal stabil.

Menurutnya, penilaian teknikal termasuk penggunaan dron bagi meneliti kawasan atas cerun mengesahkan integriti keseluruhan cerun batuan tidak terjejas.

Iklan

“Saya ingin memberi jaminan kepada pengguna bahawa laluan ini adalah selamat dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangkan.

Hadir sama, Hadir sama, Pengarah Wilayah Utara LLM, Ir Ts Muhd Yusrizan Mohd Yusof dan Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohd Yusuf Abdul Aziz.

Iklan

Mohammad Nizar (kanan) ketika meninjau rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian di Pusat Kawalan Menora, Ipoh pada Isnin.

Mohammad Nizar berkata, kejadian pada 11 September lalu berpunca daripada hujan lebat luar biasa antara 65 hingga 66 milimeter berbanding kebiasaan sekitar 40 milimeter yang menyebabkan pergerakan tanah dan pokok tumbang ke laluan kiri.

Katanya, tindakan pantas agensi terlibat termasuk pemasangan lapisan pelindung permukaan dan menempatkan penghadang konkrit berjaya mengawal keadaan dalam tempoh kurang satu hari tanpa perlu menutup sepenuhnya laluan berkenaan.

"Sekiranya berlaku hujan, air akan dialirkan terus ke bawah dan tidak meresap ke kawasan tanah tersebut.

"Dalam hal ini, pemantauan berterusan kini dilaksanakan termasuk rondaan berkala oleh PLUS serta pemerhatian rapi terhadap sebarang tanda pergerakan tanah," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan negeri bersama agensi berkaitan sedang meneliti pelan jangka panjang bagi memperkukuh struktur cerun di kawasan berkenaan.

Pemantauan 24 jam turut dilaksanakan melalui CCTV, rondaan PLUSRonda serta penilaian berterusan oleh pakar geoteknikal bagi memastikan keselamatan pengguna kekal terjamin.

Ujar beliau, kerja mitigasi yang dilaksanakan ketika ini merupakan langkah awal sementara penyelesaian menyeluruh dirangka.

“Untuk jangka panjang, kita akan melihat kaedah paling selamat termasuk kerja pengukuhan semula cerun dan penstabilan batuan di kawasan terlibat.

"Cadangan ini turut melibatkan kemungkinan peruntukan tambahan melalui Kementerian Kerja Raya," katanya.

Sementara itu, PLUS memaklumkan kerja perlindungan cerun telah dimulakan sejak 12 September lalu termasuk pemasangan lapisan pelindung permukaan, penghadang konkrit dan jaring penahan batu.

Pemantauan 24 jam turut dilaksanakan melalui CCTV, rondaan PLUSRonda serta penilaian berterusan oleh pakar geoteknikal bagi memastikan keselamatan pengguna kekal terjamin.