Renjatan elektrik: TNB zahir dukacita, sedia bekerjasama jalankan siasatan

Iklan
TNB menzahirkan dukacita dan simpati kepada keluarga dua mangsa yang terlibat dalam insiden renjatan elektrik di sebuah kolam ikan di Air Tawar, di Kuala Besut, pada Ahad.

BESUT – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menzahirkan dukacita dan simpati kepada keluarga dua mangsa yang terlibat dalam insiden renjatan elektrik di sebuah kolam ikan di Air Tawar, di Kuala Besut, di sini, pada Ahad.

​TNB dalam kenyataan memberitahu, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian yang berlaku pada 13 September itu.

Iklan
Iklan

​Menurut kenyataan itu, hasil siasatan awal mendapati insiden berkenaan tidak melibatkan sebarang pepasangan milik TNB.

​"TNB juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selanjutnya," katanya.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan dua wanita ditemui meninggal dunia selepas disyaki terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah kolam ternakan ikan di Pantai Air Tawar, di sini pada Ahad.

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian membabitkan mangsa yang merupakan pelajar praktikal, Rubayyi Razak, 27, bersama pemilik kolam ikan, Wan Adilah Wan Awang, 49 kira-kira jam 1.40 petang.

Iklan

​Menurutnya, kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan kolam berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan oleh pegawai perubatan.