Berang internet perlahan, penduduk ikat juruteknik pada menara telekomunikasi

Iklan
Singh terpaksa akur apabila diperlakukan sedemikian oleh penduduk kampung. - FOTO: Agensi

NEW DELHI - Gara-gara berang dengan masalah rangkaian telefon mudah alih, sekumpulan penduduk sebuah kampung di Uttar Pradesh, India bertindak mengikat seorang juruteknik pada menara telekomunikasi.

Kejadian berlaku di kampung Hardauli, daerah Fatehpur ketika Aditya Bhan Singh hadir untuk memeriksa gangguan sambungan yang dihadapi penduduk pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Menurut polis, penduduk mendakwa masalah rangkaian mudah alih terutamanya perkhidmatan 5G telah berlarutan selama hampir dua tahun walaupun sebuah menara telekomunikasi sudah dipasang di kampung berkenaan.

Sekumpulan penduduk bertindak sedemikian sebagai tanda protes selain menuntut masalah rangkaian 5G diselesaikan.

Iklan

Rakaman insiden itu turut tersebar di media sosial dan meraih pelbagai reaksi warganet.

Ketua Polis Fatehpur, Abhimanyu Manglik mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu. Menurutnya, seramai lima individu telah ditahan untuk membantu siasatan.

Iklan

Penduduk di kawasan itu mendakwa isu kelemahan liputan internet bukan sekadar gangguan sementara, sebaliknya telah menjejaskan kehidupan harian mereka untuk tempoh yang lama. - Agensi