'Saya hampir patah semangat' - Kasih ibu saudara bawa Nurul Shafiqah ke menara gading
Iklan
Nurul Shafiqah (kanan) bersama ibu saudaranya, Siti Shahida ketika mendaftar di UniSZA pada Ahad.
​KUALA NERUS - Pemergian dua insan tersayang seawal usia remaja tidak mematahkan semangat Nurul Shafiqah Abdullah untuk mengejar cita-cita sebagai pengamal undang-undang.
Wanita berusis 20 tahun itu baru sahaja mendaftar sebagai mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak di sini pada Ahad.
Iklan
Iklan
​Jelasnya, kejayaan menjejakkan kaki ke menara gading bukan sekadar pencapaian peribadi, sebaliknya menjadi lambang penghargaan tertinggi buat ibu saudaranya yang sentiasa berdiri di sisinya ketika berada dalam saat paling sukar.
​"Saya sangat gembira dapat sambung belajar di UniSZA. Insya-ALLAH, saya mahu belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita untuk menjadi seorang peguam," katanya ketika ditemui pada sesi pendaftaran tersebut.
Iklan
​Gadis kelahiran Taiping, Perak itu tidak dapat menahan sebak apabila menceritakan pengalaman dibesarkan ibu dan bapa saudara selepas kedua ibu dan bapanya meninggal dunia ketika berusia 14 tahun.
Ibu saudaranya, Siti Shahida Abu Hassan, 43, yang merupakan suri rumah bersama suaminya yang bekerja sebagai tukang kasut mengambil alih peranan ibu bapa demi memastikan masa depan Nurul Shafiqah tidak terabai.
Iklan
"​Ibu saya menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung pada 2018 dan ayah meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 pada 2020.
"Saya memang terkesan dengan kehilangan berturut-turut. Saya hampir patah semangat untuk meneruskan kehidupan, tapi kasih sayang tak berbelah bahagi daripada ibu saudara saya menjadi azimat untuk saya bangkit semula," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>