Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam longkang

Iklan
Pusat Gerakan Operasi JBPM Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan bantuan daripada polis untuk mengambil mayat pada 2.34 pagi.

GEORGE TOWN - Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan Pantai Jerjak, Taman Pantai Jerjak dekat sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan bantuan daripada polis untuk mengambil mayat pada 2.34 pagi.

Iklan
Iklan

"Mayat lelaki dianggarkan lingkungan 40-an yang berada di dasar longkang berjaya dibawa naik dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada 3.15 pagi,” menurut kenyataan itu.

Operasi melibatkan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru. - Bernama 

Iklan
Iklan