[VIDEO] Jenazah Dr Ainul Baraah selamat dikebumikan

Iklan

KOTA BHARU - Jenazah pegawai perubatan, Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, Pengkalan Chepa di sini jam 2.20 petang pada Ahad.

Ibu arwah, Rogayah Mohd Nor menyiram air ke pusara anaknya.Foto: ADILA SHARINNI WAHID

Iklan
Iklan

Allahyarham Dr Ainul Baraah, 33, dikebumikan selepas selesai disolatkan di Masjid Al Karomah Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa, di sini.

Turut mengiringi jenazah di tanah perkuburan ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Iklan

Orang ramai yang membantu menurunkan jenazah Dr Ainul Baraah ke liang lahad. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

Sebelum itu, Dr Dzulkefly juga mengimamkan solat jenazah Allahyarham bersama kira-kira 1,000 jemaah.

Iklan

Suami Allahyarham, Muhammad Faiz Abdul Malik, 37, meluahkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang mempermudahkan urusan mereka sekeluarga termasuk kerajaan Sarawak.

“Tak ada nak cakap dah, takdir sudah terjadi tapi Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan, saya dapat sokongan dan doa dari semua kawan-kawan yang kenal serta tak kenal termasuk media.

Bapa arwh, Kamarudin Salleh (kanan) membantu mengebumikan jenazah anaknya. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

“Ini satu rezeki untuk isteri saya sebab mendapat doa dan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.

Pada Selasa lalu, Dr Ainul merupakan antara lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Miri, Sarawak.

Nahas itu turut meragut nyawa juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, Penolong Pegawai Perubatan, Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Mengulas lanjut Muhammad Faiz berkata, proses pengecaman identiti serta analisis keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengambil sedikit masa, namun selesai lebih cepat daripada jangkaan.

Dr Dzulkefly (kiri) yang turut membantu mengebumikan jenazah Dr Ainul Baraah. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

Mengakui sudah reda dengan pemergian isterinya, dia bagaimanapun berkata, perasaan sedih dan rindu terhadap Allahyarham sesekali hadir dan sukar dibendung.

“Saya boleh kata reda, cuma sekejap-sekejap ia datang teringat dan rindu, tak boleh tahan sedih,” katanya.