KOTA BHARU - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad diberi penghormatan oleh keluarga untuk mengimamkan solat jenazah Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, di Masjid Al-Karomah, Kampung Baung di sini pada Ahad selepas solat Zuhur.
Bapa Allahyarham, Kamarudin Salleh, 69, berkata, Dr Dzulkefly sudah berjanji untuk mengimamkan jenazah anaknya apabila tiba di Kelantan.
“Menteri Kesihatan sudah berjanji untuk mengimamkan solat jenazah anak saya sebelum dibawa pulang ke Kelantan.
Dr Ainul Baraah merupakan antara lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Miri, Sarawak.
ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM
Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak
Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa
Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga
Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia
Nahas berkenaan turut mengorbankan juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, Penolong Pegawai Perubatan, Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.
Kamarudin turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu urusan kepulangan jenazah anaknya ke Kelantan.
“Terima kasih saudara-mara, sahabat dan seluruh yang mendoakan Allahyarham.
“Kami hargai ngatan dan doa yang diberikan kepada kami, terutamanya kepada Allahyarham,” katanya.
Kira-kira 1,000 jemaah hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham .
ARTIKEL BERKAITAN: Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa
Nahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa
'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'
Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir
Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu
Sebelum itu, jenazah Allahyarham Dr Ainul Baraah dan keluarganya dibawa pulang ke Kelantan menggunakan pesawat pengangkut C-130H Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia.
Jenazah bersama ahli keluarganya tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini pada jam 11.21 pagi.
Kepulangan jenazah Allahyarham ke kampung halaman itu membolehkan urusan solat jenazah dan pengebumian dilaksanakan di Kelantan.