[VIDEO] UMNO kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid

Iklan

KUALA LUMPUR – UMNO akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga penghujung penggal pentadbiran selaras dengan resolusi yang telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian parti itu kekal jelas dan tidak bercanggah dengan mana-mana pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

“Pendirian kita tidak menyanggah mana-mana pihak, terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerana resolusi yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO harus dihormati.

“Kita akan terus bersama-sama Kerajaan Perpaduan yang ada ini hingga akhir penggal. Kita juga tidak mengetahui bila penghujung penggal tersebut,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurut Ahmad Zahid, perbezaan pandangan dalam sesebuah kerajaan adalah perkara biasa dan perlu dihormati oleh semua pihak.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin UMNO yang menganggotai Jemaah Menteri sentiasa menjalankan tanggungjawab secara profesional demi kepentingan rakyat dan negara.

Iklan

“Sepanjang kita berada dalam kerajaan, memang wujud perbezaan pendapat. Namun, kita merupakan anggota Jemaah Menteri dan kepimpinan parti yang profesional.

“Kita mengambil pendirian bahawa perbezaan pendapat perlu dihormati. Pada masa yang sama, kita juga menghormati pandangan yang dikemukakan oleh pihak lain,” katanya.