[VIDEO] UMNO mahu 'Kerajaan Perpaduan', bukan 'Kerajaan Madani' - Asyraf Wajdi

Iklan

KUALA LUMPUR - UMNO mahu pentadbiran negara kekal dirujuk sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia, selaras dengan perjanjian asal pembentukan kerajaan yang dipersetujui dalam Perkara 18.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penggunaan gagasan Malaysia Madani sebagai wawasan atau 'war cry' tidak menjadi persoalan, namun penonjolan istilah 'Kerajaan Madani’ berbanding Kerajaan Perpaduan dilihat tidak selari dengan kesepakatan awal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mengandungi 18 perkara jelas menetapkan nama Kerajaan Perpaduan Malaysia.

"Kerajaan ini bukan kerajaan satu parti. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah (sebagai Perdana Menteri), sebuah perjanjian melibatkan 18 parti dimaktubkan dan dinamakan Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia,” katanya pada sidang akbar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut Asyraf Wajdi menegaskan, kedudukan kerajaan sebagai gabungan pelbagai parti turut membawa implikasi terhadap cara pentadbirannya.

Malah menurutnya, Perdana Menteri perlu sentiasa mengadakan rundingan dan konsultasi dengan semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Iklan

"Ini bukan seperti kerajaan sebelum-sebelum ini yang mempunyai majoriti mutlak 112 (kerusi Parlimen) boleh dikatakan Perdana Menterinya merujuk kepada kerajaan yang dibentuk oleh satu parti.

"Tetapi apabila kerajaan itu adalah Kerajaan Perpaduan, kerajaan yang bersatu, maka konsultasi mesti dibuat untuk semua ahli-ahli parti tersebut," ujarnya.