UMNO perlu ketepikan perbezaan, kukuhkan Rumah Bangsa - Mohd Afifi
Iklan
Mohd Afifi semasa mengulas ucapan dasar dan perasmian Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO.
SHAH ALAM - UMNO perlu mengetepikan segala perbezaan dan rasa hati yang pernah berlaku bagi memastikan parti itu terus kukuh dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd Afifi Aris berkata, seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya semua pimpinan dan ahli kembali memperkukuhkan 'Rumah Bangsa' perlu diberi perhatian serius.
Iklan
Iklan
Menurutnya, semua pihak yang pernah bersama parti di peringkat pusat, bahagian, wakil mahu pun cawangan perlu kembali bersatu dan mengutamakan kekuatan parti.
"Jom kita tolak ke tepi perbezaan ataupun rasa hati yang pernah kita lalui dan bersama-sama memperkukuhkan rumah bangsa," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian di platform TikTok sebagai mengulas ucapan dasar dan perasmian Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO.
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti berpandangan jauh yang mempunyai visi jangka panjang untuk Malaysia, bukannya parti yang sekadar mahu bertahan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya.
Iklan
Beliau turut menggesa Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan segera sambil menyifatkan sudah tiba masanya Barisan Nasional (BN) mendapatkan mandat baharu untuk menerajui negara.
Ahmad Zahid juga memberi jaminan institusi kehakiman dan institusi negara tidak akan dijadikan alat politik sekiranya BN kembali menerajui Putrajaya.
Mengulas lanjut, Mohd Afifi berkata, UMNO perlu bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang dengan memastikan kekuatan parti diperkukuhkan di semua peringkat.
"Kita bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya dan paling penting, kita perlu memperkukuhkan parti.
"Kita kukuhkan rumah bangsa kita dan pastikan kemenangan yang akan datang," tambah beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Runding atau tidak, PH tetap sedia hadapi PRN Melaka - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Pakatan Harapan (PH) Melaka tetap meneruskan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti biasa tanpa terlalu bergantung kepada rundingan bersama Barisan Nasional (BN).
Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli Abdul Halim berkata, PH juga tidak mempunyai masalah sekiranya terpaksa bersaing dengan BN di semua kerusi pada PRN akan datang seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795990/berita/politik/runding-atau-tidak-ph-tetap-sedia-hadapi-prn-melaka---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PH #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-12T06:27:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P158S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6z3yi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6z3yi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6z3yi"></script>