Jenazah Kapten Zainol Afiq dijangka dibawa pulang ke Negeri Sembilan esok

Iklan
Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq dijangka akan dibawa pulang ke Negeri Sembilan untuk urusan pengebumian pada Ahad.

SEREMBAN - Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, dijangka akan dibawa pulang ke Negeri Sembilan untuk urusan pengebumian pada Ahad.

Bapanya, Bee Sham Ahmad, 59, berkata, buat masa ini keluarga sedang menunggu keputusan asid deoksitibonukleik (DNA).

Iklan
Iklan

"Kalau semuanya selesai, jenazah akan dibawa pulang esok dan segala persiapan telah pun dibuat,"katanya dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Menurutnya, sebaik tiba di Seremban nanti, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Bandar Baru Senawang dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang.

Iklan

Beliau turut memaklumkan yang perkembangan lanjut akan diberitahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Iklan

Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak

Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa

Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga

Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia

Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa

Nahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa

'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'

Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir

Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Bee Sham dan isteri bersama besannya berada di Sarawak sejak Rabu lalu bagi menunggu proses selanjutnya selepas DNAnya diambil sebaik tiba di sana.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, keluarga reda dengan kejadian berlaku dan memohon doa orang ramai supaya segala urusan membawa pulang jenazah anaknya dipermudahkan.

Media pada Sabtu melaporkan,kesemua jasad mangsa nahas pesawat helikopter BO 105S yang terhempas di Lapangan Terbang Pendek Long Lellang dijangka dituntut keluarga hari ini.

Pesururuhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan keputusan DNA kesemua mangsa telah pun diperolehi.