Porsche tiba-tiba terbakar di susur keluar tol

Iklan
Seorang pemandu sebuah kereta mewah jenis Porsche nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terbakar di susur keluar ke Tol Lanchang, Temerloh

KUANTAN - Seorang pemandu sebuah kereta mewah jenis Porsche nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terbakar di susur keluar ke Tol Lanchang, Temerloh pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.04 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba kita mendapati kereta jenis Porsche dengan terbakar dengan anggaran kemusnahan 100 peratus.

Iklan

"Pemandu kereta yang berusia 36 tahun dilaporkan selamat dalam kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Salahuddin memaklumkan pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba.

Iklan

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi dikawal pada jam 2.08 petang sebelum ditamatkan pada jam 2.28 petang," ujarnya.