KUALA TERENGGANU - Penenun songket, Gayah Awang, 57, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan menyentuh kain yang ditenunnya bagi memastikan kualiti yang dihasilkan ketika ditemui Bernama di kediamannya di Pasir Panjang, baru-baru ini.
Industri songket antara sektor kraf tangan yang cukup sinonim dengan Terengganu dan wajar terus dipelihara, diperkasakan serta dimartabatkan kerana nilainya bukan sekadar daripada perspektif ekonomi, bahkan mencerminkan kekayaan warisan budaya serta identiti masyarakat Melayu.