Pelancong Jerman terkandas dapat bantuan makanan
Iklan
JERANTUT - Nasib seorang pelancong dari Jerman yang terkandas di Taman Negara Kuala Tahan di sini mendapat perhatian daripada kerajaan Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, pelancong terbabit, Thomas Hanry, 54, tiba di Kuala Tahan pada 16 Mac lalu untuk menghabiskan masa bercuti hampir tiga minggu di sini.