[VIDEO] 'Bosku buat betul dah' - UMNO gesa GST dikembalikan

Iklan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] UMNO menggesa supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) segera dikembalikan seperti yang pernah dilaksanakan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyifatkannya sebagai sistem percukaian lebih berkesan, turut berazam untuk memastikan kada ditetapkan kelak berada pada peratusan lebih munasabah bagi menyelaras jaminan sosial rakyat.

Iklan
Iklan

"Guru (merujuk kepada slaga media sosial) dengarlah rakyat cakap ini. Bosku (Datuk Seri Najib Razak) dah buat betul dah (laksana GST).

"Insya-ALLAH, azam kita kembalikan GST dalam sistem percukaian di negara ini," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor memaklumkan, kerajaan terbuka untuk mengkaji keperluan menggabungkan SST dan GST bagi menambah baik sistem percukaian negara ke arah lebih progresif.

Menurut beliau, kerajaan perlu mengambil kira kelebihan kedua-dua sistem berkenaan dan melakukan penyesuaian dengan keadaan semasa.

Iklan

Dalam pada itu Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, UMNO tidak bersetuju dengan pendekatan mencantumkan GST dan SST kjerana tidak pernah dilaksanakan oleh negara lain.

Ahmad Zahid ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

Malah menurutnya, penstrukturan semula sistem percukaian itu penting bagi menyelaraskan jaminan sosial rakyat, memudahkan urusan perniagaan serta merangsang pembangunan ekonomi wilayah.

"Pendekatan tersebut turut mengambil kira kekuatan ekonomi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan negara dapat dilaksanakan secara lebih seimbang.

"Kita berharap menyelaraskan jaminan sosial rakyat, memudahkan urusan perniagaan serta membangunkan ekonomi wilayah berasaskan kekuatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak," jelasnya.