Pemandu lori didakwa amang seksual anak tiri lelaki

Iklan
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kulim.

KULIM - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kulim di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri, tahun lalu.

Tertuduh berusia 33 tahun membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Jamaliah Abd Manap sebaik sahaja pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas anak tirinya lelakinya kini berusia 17 tahun.

Perbuatan itu dilakukan pada 3 Oktober 2025 hingga 13 Oktober 2025 jam lebih kurang 1 pagi di sebuah rumah di sini.

Iklan

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum bawah akta yang sama.

Tertuduh yang mengaku tidak bersalah atas pendakwaan, tidak ditawarkan jaminan.

Iklan

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fitrah Safar manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, JG Kaameni.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan atas faktor keselamatan memandangkan tertuduh dan mangsa tinggal serumah.

Bagaimanapun, Kaameni memohon jaminan dengan kadar minimum diberikan kerana tertuduh merupakan pencari nafkah keluarga.

Tambahnya, kes dilaporkan pada Disember, sembilan bulan lalu di mana tidak timbul isu keselamatan antara mangsa dan tertuduh, kerana mereka tinggal bersama termasuk pengadu yang merupakan isteri tertuduh.

Bagaimanapun, mahkamah dimaklumkan pengadu telah menarik balik laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa pada 12 Januari 2026, beberapa hari selepas laporan pertama.

Ini mengesahkan tiada isu keselamatan seperti dibangkitkan pihak pendakwaan tambahan pula tertuduh ditemani isteri hadir ke mahkamah hari ini.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh dijamin.

Kes akan disebut semula 22 Oktober depan.