CEO Alam Maritim mengaku tidak bersalah kes tipu kadar sewa kapal

Iklan
Azmi (dua dari kanan) hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, bagi menghadapi kes menipu seorang pegawai sebuah syarikat berkaitan tawaran kadar sewaan harian kapal, dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR - Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan menipu seorang pegawai sebuah syarikat berkaitan tawaran kadar sewaan harian kapal, dua tahun lalu.

Azmi, 67, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussin.

Iklan
Iklan

"Faham, saya mengaku tidak bersalah, mohon dibicarakan," katanya yang memakai kot berwarna hitam, ketika berdiri di kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu Iskandar Mohd Zaffa, 48, yang merupakan Prinsipal Officer di TH Alam Management Sdn Bhd dengan menyembunyikan tawaran sebenar Daily Charter Rate bertarikh 24 Ogos 2023 dan 15 Januari 2024.

Iklan

Tawaran berkenaan masing-masing menetapkan kadar RM80,500 dan RM110,000 sehari dalam 'work order'.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan sengaja bagi mendorong Iskandar bersetuju menandatangani BIMCO Supplytime 2017 dengan kadar Daily Charter Rate masing-masing RM70,000 dan RM78,000 sehari.

Iklan

Pertuduhan pertama membabitkan perjanjian antara Alam-JV DP2 (L) Inc dan Alam Maritim (M) Sdn Bhd, manakala pertuduhan kedua ialah TH-Alam Management (M) Sdn Bhd dan Alam Maritim (M) Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, di sini, pada 6 September 2023 dan 16 Januari 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

- MENYUSUL