PUTRAJAYA - Perdana Menteri menzahirkan rasa terkesan selepas mengetahui kapten yang menerbangkan helikopter doktor udara (FDS) yang terlibat nahas, Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham pernah memberi khidmat kepadanya sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Menerusi hantaran di media sosial, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada bapa mangsa, Bee Sham Ahmad melalui panggilan telefon.
Anwar menyifatkan Zainol Afiq, 31, seorang yang baik, sopan dan berbudi pekerti sepanjang tempoh tersebut.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada Selasa mengesahkan lima individu berada di dalam helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang STOL Long Lellang.
CAAM berkata pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang.
ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM
Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak
Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa
Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga
Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia
Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa
Nahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa
'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'
Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir
Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu
Helikopter buatan Jerman itu dikenal pasti mempunyai nombor pendaftaran 9M-LLF.
Zainol Afiq disahkan maut dalam nahas tersebut yang turut mengorbankan pegawai perubatan, Dr Dr Ainul Baraah Kamaruddin, pembantu pegawai perubatan, Alexson Adit, serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.
Terdahulu, seorang pengguna Threads @Amiruladnans mendedahkan beliau beliau dan Afiq pernah bertugas menerbangkan Anwar ketika berkempen sempena PRU15 yang lalu.
Amirul Hakeem turut memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan Anwar berada di dalam helikopter yang dikendalikan Zainol Afiq.
Sementara itu, Anwar mengakui terkesan melihat gambar berkenaan serta menghantarkan kiriman foto kepada ahli keluarganya.
Dalam perbualan tersebut juga, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa perkara yang sewajarnya akan dibantu bagi meringankan beban keluarga Allahyarham.
"Apa yang patut kita bantu dan insya-ALLAH saya akan memudahkan,” jelas beliau.