'Kapten Zainol Afiq buat panggilan video lebih sejam dengan ibunya pada malam sebelum kejadian' - Bapa

Iklan
Panggilan video selama lebih sejam bersama ibunya pada malam sebelum kejadian menjadi detik terakhir buat keluarga kepada juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak semalam.

SEREMBAN - Panggilan video selama lebih sejam bersama ibunya pada malam sebelum kejadian menjadi detik terakhir buat keluarga kepada juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak semalam.

Bapanya, Bee Sham Ahmad, 59, berkata anak keempat daripada 12 beradik itu ada menghubungi ibunya Zaiton Muda, 59, menerusi panggilan video yang agak lama pada malam sebelum kejadian nahas berlaku.

Iklan
Iklan

"Arwah memang selalu telefon kami tetapi malam kelmarin dia telefon dan berbual memang lama, dia video call dengan mak dia lebih sejam setengah dari 10 malam sampai 11 lebih... tak sangka itu adalah panggilan terakhirnya.

Kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, pada Selasa disahkan meninggal dunia.

Iklan

"Berita sedih itu hanya diketahui menerusi anak kelapan saya yang memaklumkan abangnya terlibat dalam nahas petang semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bee Sham berkata, kali terakhir mereka bertemu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan lepas ketika arwah anaknya bercuti selama seminggu untuk mengundi di Senawang sebelum kembali ke Miri meneruskan tugasnya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak

Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa

Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga

Kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, pada Selasa disahkan meninggal dunia.

Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia

Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa

Nahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa

'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'

Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir

Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu

Sementara itu, beliau berkata, mereka sekeluarga kini dalam perjalanan ke Miri, Sarawak bagi membuat ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) dan pengesahan berkaitan serta mendapatkan perkembangan lanjut berhubung kejadian berkenaan.

"Kami dimaklumkan kesemua mangsa masih berada di lokasi kejadian kerana lokasi itu terletak jauh di kawasan pedalaman. Kami masih menunggu maklumat lanjut mengenai urusan membawa pulang jenazah dan jika diizinkan kami berhasrat kebumikan arwah di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights Senawang,” katanya.

Allahyarham Zainol Afiq meninggalkan seorang isteri serta dua cahaya mata berusia enam tahun dan 10 bulan.

Semalam, helikopter BO-105 membawa lima individu termasuk juruterbang dilaporkan terhempas dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram.

CAAM menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (Flight Information Service) pada jam 3.58 petang.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan petang semalam mengesahkan insiden berkenaan melaporkan menerima notifikasi berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang.

Selain Kapten Zainol, empat mangsa lain dikenal pasti sebagai Dr Ainul Baraah Kamaruddin, penolong pegawai perubatan Alexson Adit dan dua jururawat iaitu Debra Moset serta Jessie Paya. - Bernama