[VIDEO] Hilman gesa kerajaan mansuhkan Akta Hasutan
Iklan
KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham mendakwa keputusan mahkamah pada Rabu membuktikan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 sudah lapuk dan perlu dimansuhkan dengan segera.
Muhammad Hilman berkata, Akta Hasutan antara undang-undang tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa.
Iklan
Iklan
"Apa juga yang kita lakukan mestilah berlandaskan prinsip, idealisme dan semangat yang kuat.
"Saya menyeru kerajaan supaya sekali lagi, akta-akta seperti ini dimansuhkan. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) sudah dimansuhkan. Akta Hasutan belum lagi (dimansuhkan). Tolong cepat sedikit,” katanya pada sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
Iklan
Muhammad Hilman
Terdahulu, Ketua Pemuda Bersatu itu dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam di TikTok.
Iklan
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membebaskan Ketua Armada BERSATU itu selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Hilman diwakili peguam Rafique Rashid Ali dan Nur Mustanir Abd Nor manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhanah Arul Hisham.
Media pada 20 Ogos tahun lalu melaporkan Muhammad Hilman Idham dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam melalui kenyataan dimuat naik di akaun Tiktok, Julai tahun lalu.
Muhammad Hilman didakwa di hadapan Majistret Amira Abd Aziz mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Video TikTok itu memaparkan ucapan Muhammad Hilman ketika Himpunan Malam Solidariti Tolak Akta Hasutan pada 29 Julai lalu, yang dianjurkan bagi membantah penggunaan Akta Hasutan 1948 terhadap pemimpin politik dan aktivis.
Muhammad Hilman berkata, pemansuhan Akta Hasutan adalah untuk memastikan Malaysia terus bergerak ke arah sebuah negara yang lebih maju.
“Akta Hasutan merupakan antara akta yang sudah tidak lagi wajar ada dalam negara kita," katanya.
Dalam pada itu, Hilman berkata sejak awal didakwa, beliau konsisten menafikan melakukan kesalahan dan bertekad untuk melawan pertuduhan berkenaan melalui proses undang-undang.
“Sejak awal saya didakwa, saya telah memberitahu saya tidak mengaku melakukan kesalahan dan saya akan melawan kerana kita tahu bahawa apa yang kita lakukan adalah perkara yang betul.
“Oleh itu, hari ini saya berasa amat gembira. Ini juga merupakan satu pemangkin kepada kita semua sebagai pejuang dan anak muda untuk membawa Malaysia dan negara kita ke arah yang lebih baik,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>